Gagasan membina Masjid Kocatepe melatar belakang ke zaman
1940an. Pada Disember 8,1944 Ahmet Hamdi
Akseki, Timbalan Presiden Hal ehwal Agama Turki, bersamaan dengan tujuh puluh
ahli yayasan, menubuh sebuah masyarakat yang dikenali sebagai "Masyarakat
untuk Membina sebuah Masjid di Yenişehir, Ankara." Pada 1947 masyarakat
ini dipanggil untuk projek-projek dilukis oleh para arkitek, tetapi tiada
projek yang dikirimkan telah diterima.
Pada
1956, melalui usaha allah yarham Adnan Menderes Perdana Menteri pada waktu itu, tanah telah
ditempatkan untuk projek untuk membinakan sebuah masjid di Ankara, dan suatu
permintaan untuk projek telah dibuatkan sekali lagi pada 1957. Kali ini tiga
puluh enam projek telah dinilaikan, dengan projek bergabung sama Vedat Dalokay dan Nejat Tekelioglu dipilih sebagai
satu-satunya untuk dilaksanakan.
Projek
yang diterima adalah suatu reka bentuk pembaharuan dan moden. Pembinaan
bermula, tetapi oleh kerana pengkritikan berat dari para konservatif untuk
kelihatan pemodenannya, pembinaan telah dihentikan di taraf asas. Ia juga
dibuahmulutkan bahawa asanya telah diletupkan bom oleh radikal hard-line. Vedat
Dalokay kemudian membinakan suatu versi modifikasi Masjid Kocatepe selepas
memenangi suatu persaingan antarabangsa untuk Masjid Shah Faisal di
Islamabad, Pakistan pada 1969. Masjid
ini, yang boleh menginapkan 100,000 jemaah, adalah salah satu masjid terbesar
di dunia, dan diterima oleh ramai orang sebagai barisan seni bina Islam modern.
Selepas
suatu persaingan seni bina ketiga pada 1967, suatu reka bentuk lebih
konservatif atau menimbulkan nostalgia oleh Hüsrev Tayla dan M. Fatin Uluengin
telah dipilih untuk dibinakan. Disiapkan pada 1987, projek ini dibinakan dalam
pseudo jenis seni bina Uthamaniyyah abad ke-16 dan serupa dengan Masjid Biru di
Istambul
www.lamarde.com
BalasHapus